PENGENALAN:
Programmable Logic Controller (PLC)
merupakan suatu alat perantaraan yang menerima, mengatur, mengesan dan
memproses maklumat yang dimasukkan kepadanya dari punca-punca isyarat masukan
seperti suis butang tekan, sensor proximity, sensor haba atau paras, suis
penghad (limit switch) dan sensor. Apabila perubahan ‘binary logic’ dikesan
yang datangnya dari isyarat masukan, PLC akan bertindakbalas melalui
rangkaian suis logik dalamannya yang berfungsi untuk memproses data mengikut
program yang dilakukan oleh pengguna dan seterusnya menghasilkan isyarat
keluaran yang berbentuk ‘binary atau analog’. PLC adalah satu sistem kawalan
yang boleh diprogram yang
diperkenalkan untuk melaksanakan kerja-kerja automasi menggantikan
geganti (relays) dan sistem sambungan wayar (hard wire) yang berkonsepkan
elektrik.
SEJARAH PLC:
Programmable logic control-PLC diperkenalkan oleh sekumpulan Jurutera General Motor Corporation pada 1968. Tujuan utama mereka adalah untuk menghapuskan kos yang tinggi yang dikaitkan dengan sistem kawalan gaganti yang tidak fleksibel. Selain itu bagi mengawal operasi automatis untuk operasi kawalan pneumatic, hidraulik, elektrik dan kawalan elektronik. Diantara cirri-ciri PLC / kelebihan yang ditekankan oleh jurutera syarikat tersebut pada masa itu ialah: |
- System ini
mestilah murah dibandingkan dengan system geganti.
- Mestilah mampu
digunakan dalam suasana industri yang lasak.
- Persemukaan
masukan / keluaran mestilah mudah ditukar ganti.
- Controller
haruslah dibina dalam bentuk modular, supaya subpemasangan dapat
ditanggalkan dengan mudah untuk digantikan atau diperbaiki.
- Program boleh
diubah-suai tanpa mengganggu sistem kerja saperti tidak perlu sambungan
wayar.
- System kawalan
ini mestilah mampu untuk menghantar data yang diperolehi kepada system
pusat.
- Mestilah dapat
digunakan berulang-ulangkali.
- Kaedah untuk
memprogramkan PLC ini mestilah mudah, supaya ianya mudah difahami oleh
penggunanya.
No comments:
Post a Comment