PERALATAN YANG BOLEH MEMBAIKI FAKTOR KUASA
Matlamat
utama membaiki faktor kuasa ialah untuk mengurangkan malah menghadkan kos
tenaga reaktif di dalam bil elektrik. Peralatan-peralatan ini membekalkan arus
mendahului voltan bagi menghapuskan arus sinus yang menyusul voltan dan dapat
membaiki sudut fasa.
i.
Pemaju Fasa (
phase advancer )
Merupakan peralatan khas yang disambung
secara selari dengan beban induktif. Ia dihidupkan dan dimatikan bersama-sama
beban berkenaan.
ii.
Motor Segerak ( synchronous
motor )
Merupakan sebuah motor yang sama binaannya
dengan pengulang-alik medan berputar angkir pegun. Voltan ujaan a.t kepada
komutator rotornya boleh dilaraskan sehingga arus dan voltan bekalan berada
pada fasa yang sama. Ia berukuran besar dan disambungkan selari dengan bas-bas
bekalan. Membaiki cara ini menguntungkan kerana motor boleh berfungsi seperti
biasa ketika pembaikan dilakukan.
iii.
Kapasitor (
Capacitor )
Unit-unit kapasitor perlu diagihkan
bergantung kepada penggunaan. Dua jenis cara pemasangan yang biasa dilakukan
ialah Pemasangan Kompensasi Individu dan Pemasangan Kompensasi berpusat.
No comments:
Post a Comment